Tuesday, November 6, 2012
Merungkai Lagenda Charge of the Light Brigade (II)
Sunday, October 28, 2012
Merungkai Lagenda Serbuan Light Brigade(I)
"The Charge of the Light Brigade – Researchers use satellite technology and
archaeological finds to unearth the truth about what happened at Balaklava
during the most celebrated battle of the Crimean War. How disastrous was the British cavalry charge-and who were the actual
heroes in the defense of Balaklava?" ~Blog prebiu DVD Battlefield Detectives Why So blu?
Dokumentari berjudul ‘Battlefield
Detective: Charge of the Light Brigade’ memaparkan rencana menarik dalam
sejarah Perang Krimea yang berlangsung pada tahun 1853-56. Dokumentari tersebut
membongkar semula misteri di sebalik lagenda terkenal serbuan Light Brigade
ataupun Charge of the Light Brigade. Sebaliknya, kajian ini juga mengangkat
peranan tentera Daulah Uthamniyyah, Asakir-i
Mansure-yi Muhammadiye, justeru membersihkan nama mereka daripada label
pengecut, tidak berdisiplin dan lemah dalam kepimpinan.
Dokumentari Battlefield
Detectives merupakan dokumentari yang mengupas kembali kebenaran lagenda
dalam sejarah, adakah benar ataupun diselubungi mitos. Dengan menggunakan
khidmat pakar pengkaji, peminat sejarah dan juga penyelidik saintifik,
dokumentari ini bersifat autentik dari segi pembuktiannya.
Kajian berlandaskan
kepada sumber primer daripada dokumen asal, pencarian artifak dan deduksi
menggunakan teknologi terkini. Daripada himpunan fakta yang ada, sejarah dapat
disuluh kembali kepada zaman tersebut.
Adakah anda pernah mendengar sajak (poem) 'Charge of the Light Brigade', nukilan Alfred Tennyson? Saya membaca sajak ini ketika berada dalam tingakatan 4 alam persekolahan.
Lagenda Serbuan Light Brigade tertanam kukuh sejak Perang Krimea. Pihak
Berikat yang terdiri antara serikatan British-Perancis-Uthmaniyyah mengepung
pelabuhan utama Rusia di Laut Hitam di Sevastopol. Pihak Rusia melancarkan
serangan balas atas perimeter pelabuhan bekalan pihak Berikat, Balaklava yang
terletak di selatan Sevastopol.
Pelabuhan Balaklava, Krimea, selatan Rusia |
Dalam insiden tesebut, Serbuan lagenda Light Brigade dijulang sekian hebat,
sehinggakan menggerhanai pertempuran lain di Balaklava yang tercetus pada tahun
1854 itu.
Kajian ‘Battlefield Detective: Charge of the Light Brigade’ ini berpusat kepada dua perkara:
i. Apakah sebenarnya berlaku di sebalik Sebuan Light Brigade?
i. Apakah sebenarnya berlaku di sebalik Sebuan Light Brigade?
Lagenda menyelubungi serbuan Light Brigade atas
artileri meriam Don Cossack tentera Rusia mengatakan bahawa serangan heroik
tersebut dilaksanakan dengan jayanya, tetapi dengan korban yang tinggi. Tetapi,
setakat jauh manakah kebenaran lagenda ini?
ii. Peranan tentera Daulah Uhtmaniyyah dalam pertempuran Balaklava
Ketika era Perang Krimea, peranan tentera
Uthmaniyyah diperkecilkan terutamanya oleh media akhbar yang merendah-rendahkan
sumbangan mereka. Adakah benar tentera Muslim ini merupakan tentera yang tidak
menyumbang apa-apa?
Mari kita teliti
sepintas lalu latar belakang konflik Perang Krimea yang berlangsung antara
tahun 1853 sehingga 1856:
Latar Belakang Konflik
Baitul Maqdis ataupun Jerusalem ketika era Uthmaniyyah |
Pada pertengahan abad
ke-19, Daulah Uthmaniyyah (kebiasaan sejarawan Barat melabel sebagai Ottoman
Empire) digelar ‘Orang Sakit Eropah.’ Ungkapan masyhur tersebut dilafazkan oleh
maharaja Empayar Rusia, Tsar Nicholas I. Jolokan tersebut ‘melekat’ di bibir Barat.
Walaupun menjalankan dasar pemodenan, organisasi semula ataupun ‘Tanzimat,’
kemerosotan masih tidak dapat diatasi dengan baik.
Perang Krimea yang berlangsung pada tahun 1853
sehingga 1856 disebabkan Daulah Uthmaniyyah tersepit antara pertindihan,
pertelingkahan, tuntutan, desakan dan ugutan Kuasa Besar. Pada tahun 1853,
berlaku pertindanan mengenai isu siapakah kononnya ‘penaung sebenar’ kepada
orang Kristian dalam Daulah Uthmaniyyah. Isu ini dibangkitkan oleh Kuasa Besar Perancis
yang menganut Kristian Katolik dan Rusia yang beragama Kristian Ortodoks. Masing-masing
ingin menjadi jaguh, akhirnya pergeseran tersebut semakin memuncak.
Akhirnya, pihak Rusia
bertindak menceroboh wilayah Moldova dan Wallachia pada tahun 1853. Tambahan
lagi, tentera laut Rusia mara sehingga memusnahkan armada Uthmaniyyah di
Anatolia. Tentera Daulah Uthmaniyyah Bimbang akan kepentingannya terjejas,
British mengisytiharkan perang terhadap Rusia atas alasan membantu Daulah
Uthmaniyyah. Ini diikuti oleh Perancis. Maka terbentuklah tentera Berikat
Anglo-Perancis-Uthmaniyyah.
Tentera Berikat mendarat di
Krimea, selatan Rusia. Pelabuhan Sevastopol, pangkalan utama tentera laut Rusia
di Laut Hitam dikepung.Walaupun kalah pada permulaannya, tentera Rusia
bergabung kembali. Sasaran mereka adalah untuk mara dan menawan semula
pelabuhan Balaklava. Pelabuhan tersebut adalah nadi kepada tentera Berikat. Jatuh
Balaklava, maka tentera yang mengepung Sevastopol juga akan terkepung.
Lagenda Charge of the Light Brigade
Di sinilah bermulanya
lagenda mitos serbuan Light Brigade. Dikatakan, Light Brigade, sebuah
ketumbukan unit kavalri (tentera berkuda) yang menyerang pantas merempuh
meriam-meriam Rusia dalam serangan membunuh diri (suicide). Mereka merempuh bedilan
meriam bertubi-tubi artileri Rusia dalam serangan heroik sehinggalah
penghabisan misi mereka terkorban semuanya. Kisah serbuan Light Brigade ini
menjadi berita sensasi di Britain, apabila rakyat jelata mengetahuinya dengan
membaca surat khabar.
Lagenda The Thin Red Line
Satu lagi
lagenda yang tidak kurang sensasinya dalam episod pertempuran Balaklava 1854 ialah pertahanan ‘The Thin Red
Line.’ Lagenda mengatakan, ketumbukan Sutherland Highlanders ke-93 telah
mengekang kemaraan kalvari Rusia. Gelaran ‘The Thin Red Line’ menjadi jolokan
kepada mana-mana unit yang bermati-matian mempertahankan kedudukan mereka. Sejauh
manakah lagenda ini benar?
Imej Sendeng Tentera Daulah Uthmaniyyah
Sebaliknya, tentera Daulah
Uthmaniyyah dipandang serong oleh media surat khabar. Mereka dipandang sebagai
tentera picisan, pengecut, sering lari dari medan tempur, tidak berdisiplin dan
lemah dalam kepimpinan. Eropah memandang tentera Daulah Uthmaniyyah sebagai
‘second rate’ ataupun kelas kedua tidak setara dengan kualiti tentera mereka. Hanya
selayaknya mereka diberikan dengan tugas-tugas kurang penting dalam ketenteraan.
Berbalik kepada dua tumpuan kita dalam perbincangan kali ini:
i.
1. Apakah sebenarnya berlaku di sebalik Sebuan Light Brigade
1.1 Misi Menawan Meriam
1.1 Misi Menawan Meriam
Sejurus setelah
5 Redoubt telah jatuh ke tangan Rusia, komander kepada Light Brigade, Lord
Cardigan menerima arahan daripada Jeneral British, Lord Raglan untuk menawan
meriam-meriam British kembali. Menurut kajian, meriam merupakan aset yang
terlalu berharga untuk ditawan pihak musuh. Oleh yang demikian, demi merampas
kembali meriam-meriam tersebut, ketumbukan yang paling pantas adalah paling
sesuai melaksanakan misi tersebut. Light Brigade telah dipilih.
1.2 Meriam Tidak Kelihatan
1.2 Meriam Tidak Kelihatan
Walaubagaimanapun, arahan tersebut menimbulkan kekeliruan, beliau harus akur akan perintah ketuanya. Mengapa? Kajian saintifik Battlefield Detectives berlandaskan lukisan kontemporari (pada era Perang Krimea) dan pengkajian bentuk muka bumi digunakan. Hasil mendapati bahawa, dari kedudukan kem Light Brigade Lord Cardigan, kedudukan Redoubt yang ditawan tentera Rusia tidak kelihatan meriam-meriam tersebut.
1.3 Lord Cardigan Melancarkan Serangan
Lord Cardigan
memacu kudanya bersama Light Brigade. Mengikut kajian Battlefield Detective, dianggarkan mengikut model matematik, dengan
pacuan kuda Light Brigade, mereka akan tiba di kedudukan misi mereka dalam
lingkungan 7 minit sahaja dalam keseluruhan 30 minit serangan.
Setibanya di
lembah yang puncaknya ditawan Rusia, Lord Cardigan merasakan bahawa sesuatu
yang bahaya sedang berlaku: mereka terperangkap di lembah yang diacu dengan
meriam-meriam Rusia. Dan di hujung lembah itu, tersusun barisan meriam artileri
Don Cossack.
1.4 Light Brigade Dibedil Bertalu-talu oleh Semua Meriam Rusia?
Pengulas kontemporari British mengungkapkan Light Brigade melalui 'Valley of Death' ataupun Lembah kematian. Meriam Rusia mula membedil Lord
Cardigan. Kajian mendapati bahawa Light Brigade hanya dibedil oleh
sesetengah unit meriam Rusia sahaja apabila mereka dalam jarak tembakan.
Apabila Light Brigade meluru melepasi unit meriam selanjutnya, unit meriam
sebelumnya akan menghentikan bedilan.
Sehinggalah di hujung lembah, usai 7 minit Light
Brigade menggempur kedudukan meriam Don Cossack. Manakalah meriam dari
puncak-puncak Redoubt ditawan pihak Rusia yang lain menghentikan bedilan bagi
mengelakkan terkena tembakan kepada unit sahabat.
Kajian tersebut
merungkaikan, bahawa Light Brigade tidak dibedil oleh kesemua meriam Rusia pada
suatu masa yang menyebabkan (secara lagendanya) kesemua anggotanya terkorban.
Bahkan, Light Brigade mnghadapi bedilan tersebut unit demi unit meriam Rusia
yang dalam jarak tembakan mereka.
1.5 Majoriti Individu Light Brigade Hidup Selepas Serbuan
Battlefield Detective merungkai daripada rekod peribadi anggota Light
Brigade bahawa majoriti daripada mereka terselamat daripada serangan tersebut.
Namun demikian, media akhbar menceritakan aksi sejati mereka bahawa kesemua
mereka terkorban. Bahkan, kajian menjelaskan bahawa nisbah 6 daripada 7 orang
yang terlibat dalam serangan tersebut.Oleh yang demikian, mengapakah serbuan
Light Brigade dibesar-besarkan, sehingga tahap dahsyat seperti yang
digembar-gemburkan?
Menurut Battlefield Detectives, ini kerana tindakan
akhbar tersebut adalah sebagai kempen psikologi terhadap musuh British. Hal ini
merupakan satu propaganda mereka untuk menunjukkan kepada pihak Rusia (dan
dunia tentunya) bahawa tentera British akan sanggup berbuat apa sahaja untuk
merampas kembali milik mereka.
1.6 Adakah Misi Serbuan Light Brigade Tercapai?
Battlefield
Detectives merungkaikan, bahawa serbuan Light Brigade tidak memberikan apa-apa
signifikan sama ada dalam hal strategik mahupun taktikal dalam Pertempuran
Balaklava. Tambahan pula, meriam-meriam tidak ditawan, dan kedudukan yang
ditakluk musuh langsung tidak dapat dikuasai semula. Maka, Serbuan Light
Brigade tidak lebih daripada propaganda British pada zaman tersebut.
Memetik sinopsis siri ini, siapakah wira sebenar dalam pertempuran
Balaklava 1854? Sejarah telah menyelak wajah sebenar mereka, membela sesiapa yang di pihak kebenaran. Tentera terpinggir, Asakir-i Mansur-yi Muhammadiyye, yang bermaksud ‘Tentera Nabi
Muhammad (s.a.w) yang Menang’ adalah wira sebenar yang dimaksudkan oleh Battlefield Detectives.
Insya-Allah, kita sambung kupasan dalam episod getir selanjutnya di....
Merungkai Lagenda
Serbuan Light Brigade(II)...
Subscribe to:
Posts (Atom)